Tuesday, 16 July 2013

produk kecantikan dynas

Meski pun pelakon dan model terkenal tanah air, Dynas Mokhtar sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun dia tetap kelihatan anggun. Bahkan masih aktif menguruskan perniagaan yang diusahakan. Lihat sahaja penampilannya sentiasa jelita dan bergaya.

Mengakui gemar bergaya, bagi Dynas statusnya kini tidak menjadi penghalang untuknya menjaga penampilan, sementelah lagi dia sedang mengusahakan butik khas untuk kaum ibu.

Melihatkan raut wajah dan personalitinya, pasti ramai yang mengagumi ibu berusia 29 tahun ini. Walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang puteri, Khyra Kalyssa, 2, dan sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun   dia tetap kelihatan menawan khususnya apabila tampil di khalayak ramai.

Mula menjinakkan diri dalam dunia seni menerusi program Beat TV pada 2002, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas Mokhtar, terus menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan. Selain filem, saban hari wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen sehingga berjaya meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) selama dua tahun berturut-turut (2007 dan 2008).

Malah, kerana kejelitaannya, anak jati Selangor ini turut dilamar menjadi beberapa duta produk. Bersyukur dengan keistimewaan yang dianugerahkan Ilahi, Dynas mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya. "Semua orang  mahukan yang terbaik dalam kehidupan mereka, begitu juga saya. Bagaimanapun, ia terpulang pada individu. "Misalnya, dari segi kecantikan, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Bagi saya, kecantikan adalah anugerah Tuhan,  dan sebagai hambanya, kita perlu menerima dan menghargai setiap pemberian-Nya.

"Yang penting cara kita menjaga dan mengekalkan kecantikan itu perlulah seiring. Bukan sahaja penjagaan diri, keluarga dan kerjaya juga perlu diberikan keutamaan," kata isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini. Bercerita mengenai  penjagaan dirinya, Dynas yang masih 'vogue' ini berkata, dia tidak pernah berasa malas untuk tampil hebat dan bergaya.

"Bergelar isteri dan ibu bukanlah satu alasan bagi saya untuk mengabaikan kecantikan diri. "Saya tidak kisah mengamalkan apa sahaja petua untuk memastikan saya sentiasa kelihatan cantik setiap hari. "Lagi pun, sebagai selebriti,  sudah pasti banyak mata yang memandang.

Bagaimanapun, saya memang suka kelihatan cantik," kata pelakon Cinta Kolesterol, Impak Maksima dan Apa Kata Hati. Pantang cara tradisional Wala upun pada luarannya, Dynas kelihatan moden, namun dia tetap menitikberatkan  amalan tradisional Melayu.

Menurutnya, sejak kelahiran Khyra lagi, dia sentiasa mengutamakan kecantikan diri secara tradisional. “Tidak kiralah berapa pun usia kita, kita perlu menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Itulah yang saya  lakukan kini.

"Lagi pun, selepas melahirkan anak, perubahan diri semakin ketara terutamanya dari segi bentuk badan. Sebab itulah, kita wajib berpantang dengan betul. "Ia sangat mustahak sebenarnya, tanpa penjagaan yang betul dan rapi pasti kita kelihatan cepat berusia," katanya yang turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India ketika melahirkan Khyra.

Menurut Dynas, dia juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan. "Selepas melahirkan Khyra, berat badan saya naik mendadak sehingga mencecah 71 kilogram.

Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan pelangsingan, saya berjaya menurunkan berat badan kepada 59 kilogram. "Dan kerana itu juga, saya telah ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut," ujarnya yang  bergelar duta kepada pusat pelangsingan Kunzense.

Dynas berkata, walaupun kembali hamil, dia akan sentiasa berusaha dan tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. "Sekarang, meski pun sedang mengandung dan hanya menunggu masa, saya tetap mahu  kelihatan menawan. Sebab itulah, saya sentiasa mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

"Bagi saya, kita perlu sentiasa berfi kiran positif dan saya percaya semua wanita mahu kelihatan cantik,” katanya.

1 comment:

  1. SALAM...produk kosmetik terbaru "amanda kosmetik" sangat berkualiti,murah dan kesan yang sangat menakjubkan..whatsapp sy jika berminat 014-6609886

    ReplyDelete